Jumaat, 1 April 2011

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Selepas dua tahun pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang, iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow, tetapi apabila beliau meninggal dunia, pergerakan pengakap di situ turut berkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya diasaskan pula oleh Wheeler dan Frisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh seorang ahli pendidk yang termasyhur, iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya.
Di Perak, pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsar oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu, banyak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakapnya. Di Kedah, pergerakan pengakapnya bermula pada tahun 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfeild. Di Johor, pengakap ditubuhkan pada awal tahun 1928, iaitu dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru. Manakala pergerakan pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Pada tahun 1926, Selangor pula menubuhkan gerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akbar. Ini diikuti oleh penubuhan pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracle dan di Kelantan (1927) oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.
Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakapnya di Sandakan pada tahun 1913. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1915, tetapi terhenti pergerakan pengakapnya sehinggalah pada tahun 1930 apabila ia bergiat semula.
Sebelum merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri, dengan tiap-tiap sebuah negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusunan semula, tiap-tiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri daripada beberapa daerah pengakap. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdakaannya pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan keahliannya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak and Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura berhneti menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan